Seorang
suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa
dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun
resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang
dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2
rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..
Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika
menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan
keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang
kuat untuk kita..
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini
tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula
bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu,
menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah.
Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan
silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia
suka..
Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir.
Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya
abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar
Credit-ebit lew
sumber : mediabrutal